Saturday 30 June 2012

Hari Merentas Desa SMK TAWAU II 2012

Tarikh     : 30 Jun 2012 (Sabtu)
Masa      : 7.00 Pagi

 Aktiviti 1: Taklimat merentas desa disampaikan oleh Cikgu Hafiz Halim, Setiausaha Sukan SMK Tawau II.


Semua warga sekolah khusyuk mendengar taklimat.






























Aktiviti 2; Memanaskan badan

 

Aktiviti 2. Larian oleh pelari-pelari kategori perempuan bawah 15 tahun dan perempuan 18 tahun. 

Mereka dilepaskan oleh Puan Norliza binti Mustafa, Pengetua SMK Tawau II. Hanya pelari yang berjaya menamatkan larian dalam tempoh 35 minit akan menyumbang 1 mata kepada rumah masing - masing.







Larian diteruskan oleh pelajar lelaki kategori  bawah 15 tahun dan 18 tahun.Hanya pelari yang berjaya menamatkan larian dalam tempoh masa 30 minit akan menyumbang 1 mata untuk rumah masing-masing.
























Aktiviti 4 : Pemenang Setiap Kategori.

Sebanyak 10 tempat utama disediakan untuk setiap kategori. Manakala pemenang di tempat ke-11 dan seterusnya diberikan 1 markah sekiranya berjaya menamatkan larian dalam tempoh 3 minit untuk kategori lelaki dan 35 minit untuk kategori perempuan.















Aktiviti 5; Pengumuman Pemenang Merentas Desa


Tempat Pertama    - Rumah Magnesium  - 173 mata

Tempat Kedua      - Rumah Barium         - 165 mata

Tempat Ketiga      - Rumah Kromium      - 153 mata

Tempat Keempat  - Rumah Helium          - 120 mata


Tahniah, ahli rumah Magnesium atas kemenangan merangkul johan dalam acara merentas desa. Ahli-ahli rumah lain diharap dapat meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. Masih banyak acara akan dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada Unit Kokurikulum atas kejayaan cemerlang menganjurkan acara merentas desa di samping komitmen semua warga SMK Tawau II.

Dicatat oleh : Puan Zakiah Mohd Yusof




Negaraku 2012