
Showing posts with label Karangan Bahagian B. Show all posts
Showing posts with label Karangan Bahagian B. Show all posts
Tuesday, 29 April 2014
Tuesday, 23 October 2012
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
Berderap seiring berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Pantun di atas menerangkan bagaimana
seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini
demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi negara dan
seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu,
setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang,
bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi
menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Ciri utama yang perlu ada dalam diri
seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai
sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai
peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak
kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh,
pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka
juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat
sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang
cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih
kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi
akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah
dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di
sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti
kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan
peribadi yang unggul.
Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Selain itu, pelajar yang cemerlang
sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas
dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka
sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang
berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka
juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang
mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual
aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan
masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa
berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya
mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui
pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya
menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa
menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga
tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut
ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang
cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan
mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.
Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.
Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, pelajar yang
cemerlang juga mempunyai wawasan hidup.
Hal ini demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat
mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang
cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar
mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan
lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti
seharian. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang
kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pelajar yang
mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah
berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan
dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan
kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada
masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat
menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah
dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam,
biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi
penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang
cemerlang.
Sementara itu, untuk menjadi seorang
pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah
sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini
demikian kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan
para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan.
Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti
yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad
dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan
tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang
cerdas lahir daripada badan yang cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai
sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit
beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai
pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti
pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap
pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang
pelajar yang cemerlang dan seimbang.
Intihanya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Intihanya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sumber: http://blogbmspm.blogspot.com/search/label/Karangan%20SPM
Wednesday, 17 October 2012
Analisi Perbandingan Karangan bahagian B
KERTAS 1 (BAHAGIAN B - KARANGAN RESPONS TERBUKA)
sumber: http://bmspm.net/analisisbmspmpercubaannegeri2012k1b.htm
|
|
|
|
|
|
|
1
|
SBP
|
Ciri-ciri pusat
pengajian tinggi yang menjadi idaman anda
|
Usaha-usaha ibu
bapa bagi memastikan amalan membaca menjadi budaya dalam
kalangan keluarga mereka.
|
Usaha-usaha untuk
memajukan pelancongan negara.
|
Kebaikan yang
diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara
yang berjiran.
|
Tulis cerpen
bertemakan pepaduan kaum.
|
2
|
Kedah
|
Sekolah penyayang
- cara-cara anda menghagai kasih sayang guru.
|
Sifat-sifat
kepemimpinan yang pernah diasuh oleh ibu bapa kepada
anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.
|
Langkah-langkah
memulihara peninggalan sejarah negara.
|
Punca-punca
kemerosotan bekalan makanan dunia.
|
Satu karya sastera
yang anda baca - amalan-amalan baik yang sesuai
dipraktikkan oleh masyarakat kini.
|
3
|
Sabah (SMKN)
|
Usaha-usaha yang
perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan remaja.
|
Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi
menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.
|
Pada
zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam
kalangan penduduk setempat semakin kurang diamalkan.
Pada pendapat anda, mengapakah hal yang demikian berlaku?
|
Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan
negara jiran. Pada pendapat anda, apakah kepentingan
hubungan yang baik ini perlu dikekalkan.
|
Huraikan
persoalan-persoalan dalam salah sebuah novel KOMSAS
yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.
|
4
|
Terengganu
|
Bagaimanakah
Program motivasi telah menimbulkan kesedaran dalam diri
anda untuk terus berjaya.
|
Peranan ahli
keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.
|
Rencana "Faedah-faedah
Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan di Sekolah".
|
Ksepakatan dan
perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat
antarabangsa mampu mewujudkan keamanan dan kemakmuran
masyarakat dunia
.
|
KOMSAS menerapkan
nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pedoman dalam
kehidupan generasi muda pada hari ini - pendapat
|
5
|
Sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK)
|
Langkah-langkah
sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum,
sahsiah dan persekitaran fizikal.
|
Peranan ibu bapa
mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan
dalam kehidupan seharian.
|
Semangat kejiranan
semakin terhakis.
|
Kesan buruk krisis
politik
|
Kesan-kesan buruk
apabila wujudnya masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
|
6
|
Negeri Sembilan
|
Langkah-langkah
yang wajar dilakukan untuk meningkatkan semangat
patriotisme dalam diri anda.
|
Keprihatinan dan
kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan
hidup anak-anak - Rencana.
|
Faedah-faedah
sektor pelancongan kepada negara kita.
|
Kesan yang
diperoleh sesebuah negara daripada hubungan diplomatik.
|
Punca-punca yang
menyebabkan minat masyarakat terhadap karya sastera
tradisional semakin berkurangan.
|
7
|
Johor (Sebuah sekolah)
|
Faedah-faedah
lawatan sambil belajar ke suatu tempat menarik.
|
Pendapat tentang
keluarga yang diimpikan.
|
Rencana -
Tanggungjawab masyarakat untuk membanteras jenayah.
|
Kebaikan dan
keburukan belajar di luar negara.
|
Perihalkan
pengalaman anda semasa menyertai kursus penulisan
anjuran DBP.
|
8
|
WPLabuan
|
Pendapat tentang
sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan
anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah
laku anak-anak pada masa ini.
|
Langkah-langkah
yang boleh diambil bagi memastikan amalan hidup berjiran
terus terpelihara dalam kalangan masyarakat moden pada
hari ini.
|
Jelaskan
kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara.
|
Pidato ‘Peranan
Pemimpin-pemimpin Kuasa-kuasa Besar Dunia dalam Menjamin
Keamanan Sejagat’.
|
Ulasan sebuah
novel yang sarat dengan pengajaran.
|
9
|
Selangor DE
|
Keluarga, rakan
sebaya, masyarakat dan pendidikan agama dan moral
memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang
remaja. Pendapat.
|
Rencana "Peranan
keluarga dalam membantu anak-anak mengatasi masalah".
|
Kesan-kesan
penggunaan telefon bimbit kepada masyarakat.
|
Kerjasama Malaysia
dan negara-negara dunia dalam meningkatkan mutu
pendidikan negara.
|
Ulasan sebuah
novel yang bertemakan kegigihan sempena pelancaran
program NILAM.
|
10
|
Kelantan
|
Usaha-usaha yang
perlu anda lakukan untuk menangani tekanan dalam
kalangan remaja.
|
Peranan keluarga
bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada
masa ini.
|
Rencana tentang
peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk
memajukan industri pelancongan.
|
Faedah-faedah
penganjuran sukan bertaraf dunia.
|
Manfaat semangat
hidup bermasyarakat dalam kehidupan seharian - Bukit
sama didaki, luruh sama dituruni.
|
11.
|
Pulau Pinang
|
Faedah-faedah yang
anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.
|
Langkah-langkah
yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan
anak-anak menjaga keindahan alam sekitar.
|
Rencana berkaitan
peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri
pelancongan.
|
Kerjasama antara
negara di dunia untuk meningkatkan pembangunan
pendidikan.
|
Usaha-usaha yang
perlu dilakukan untuk menggalakkan remaja melibatkan
diri dalam penulisan kreatif.
|
12.
|
Pahang
|
Kepentingan
penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.
|
Remaja bersahsiah
mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu,
ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk
sahsiah murni anak-anak mereka.
|
Ceramah "Usaha-usaha
Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat".
|
Jelaskan
tindakan-tindakan berkesan bagi membendung kegiatan
pemerdagangan manusia daripada berleluasa.
|
Berdasarkan
petikan sajak ‘Harga Remaja’, terangkan kepentingan
menjaga maruah diri sendiri.
|
13.
|
MRSM
|
Sebagai pelajar
yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda
lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda
sentiasa bersih.
|
Ulasan. Kejayaan
anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa.
|
Rencana 'Kesan-kesan
buruk pengambilan makanan segera secara berlebihan'
|
Usaha-usaha yang
dilaksanakan untuk menjayakan misi keamanan dunia.
|
Kepentingan
menuntut ilmu dan menyebarkannya.
|
14.
|
Perak
|
Usaha-usaha yang
wajar anda lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa (anak-anak
berjaya dalam kehidupan) tercapai.
|
Peranan pelbagai
pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja.
|
Huraikan
kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan.
|
Rencana 'Usaha-usaha
menarik minat pelancong asing datang ke Malaysia'.
|
Perwatakan watak
utama dalam sebuah novel. Keistimewaan yang boleh
dijadikan panduan dalam kehidupan.
|
15.
|
Sarawak Zon B (Kuching)
|
Peranan anda
sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara pada
tahun 2020.
|
Peranan keluarga
dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak
|
Pendapat -
Malaysia terkenal dengan keunikan masyarakat berbilang
kaum yang hidup dalam keadaan aman dan sentosa. Sikap
toleransi, saling menghormati, dan bekerjasama merupakan
amalan hidup rakyat Malaysia yang telah mewujudkan
perpaduan antara kaum.
|
Rencana "Kesan-kesan
Kemasukan Buruh Asing Kepada Negara Kita."
|
Ulasan tentang
keistimewaan sebuah novel
|
16.
|
Melaka
|
Usaha-usaha anda
untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua
ibu bapa.
|
Usaha-usaha yang
boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu
penderaan ke atas kanak-kanak - wawancara.
|
Usaha-usaha yang
telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan
dalam kalangan rakyat.
|
Kepentingan dan
peranan teknologi satelit terhadap hubungan dan
komunikasi masyarakat dunia.
|
Usaha-usaha dalam
memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita.
|
17.
|
Perlis
|
Sebagai remaja,
jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk
mengharumkan nama sekolah.
|
Huraikan
tanggungjawab sesebuah keluarga untuk memupuk amalan
membaca.
|
Rencana tentang
peranan pelbagai pihak untuk mewujudkan amalan berjimat
cermat.
|
Kerjasama Malaysia
dengan negara-negara jiran - jenayah pemerdagangan
manusia.
|
Tulis cerpen yang
bertemakan maksud perumpamaan "bagai menatang minyak
yang penuh".
|
Subscribe to:
Posts (Atom)