Lihat logo di
bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha – usaha untuk menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan
Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.
USAHA UNTUK
MENGGALAKKAN MASYARAKAT MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Barangan buatan Malaysia
bermakna barangan atau produk yang dihasilkan di Malaysia .Salah satu kejayaan
tanah air kita ialah barang buatan Malaysia telah berjaya menembusi pasaran
antarabangsa. Kereta buatan Malaysia seperti Myvi dan Proton telah dijual di
banyak negara, termasuk England, Australia dan lain-lain lagi. Ironinya,
rakyat Malaysia masih ragu-ragu terhadap kualiti barangan Malaysia.
Lantaran, semua pihak yang terlibat patut mengaturkan usaha yang
bersepadu untuk menggalakkan rakyat kita membeli barangan Malaysia supaya mata
wang Malaysia tidak mengalir ke luar negara.
Pada realitinya, memang tidak
dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kempen berterusan perlu
dilakukan untuk menggalakkan anggota masyarakat supaya membeli barangan buatan
Malaysia. Kempen Beli Barangan Malaysia harus dijalankan atas kerjasama media
massa dan Kementerian Perdagangan Dalam, Koperasi dan Kepenggunaan. Pelbagai
iklan, dokumentari, rancangan, wawancara dan sebagainya harus disiarkan dalam
siaran televisyen, radio, surat khabar dan majalah. Tegasnya, kempen
tersebut dapat mencelikkan minda pengguna kita supaya mengetahui kualiti dan
kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan Malaysia,
seperti peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.”
Pada masa yang sama, pihak
swasta harus bertindak proaktif untuk memperluaskan perniagaan
dengan mempromosikan barangan Malaysia. Salah satu tindakan yang maslahat ialah
mengadakan ekspo di seluruh negara. Pengeluar harus bergabung tenaga
untuk memperkenalkan barangan mereka kepada para pengguna. Sebagai
contohnya, ekspo kosmetik dan makanan herba tempatan boleh diadakan untuk
memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang mutunya dengan
bahan kosmetik atau makanan kesihatan luar negara. Jelasnya, promosi dan ekspo
mampu memperluaskan perniagan barangan buatan Malaysia.
Para pengusaha industri kecil
dan sederhana serta usahawan korporat perlu berusaha meningkatkan kualiti barangan
hasil mereka sama ada bahan pertanian, penternakan atau buatan kilang
sehingga mencapai kriteria ISO atau SIRIM. Dengan ilmu sains dan
teknologi yang canggih, barangan Malaysia bukan sahaja perlu bermutu
malah harus terjamin dari segi kesihatan, keselamatan dan mesra alam. Oleh itu,
kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing
dengan barangan import bak peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Kesimpulannya, rakyat
Malaysia perlu berbangga terhadap barangan Malaysia yang bermutu tinggi. Seisi
negara patut seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu
perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Oleh hal yang demikian,
segenap lapisan masyarakat mestilah bersinergi dan berikhtiar bertungkus
lumus untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat
merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan selama ini.
Terima Kasih membantu ;-)
ReplyDeleteSangat membantu 😉
ReplyDeleteSangat membantu 😉
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian..saya minta izin utk copy ya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete👍👍
ReplyDeleteTerima kasih banyak² karangan ini sangat membantu saya untuk peperiksaan percubaan saya
ReplyDeleteOk
ReplyDeletethanks
ReplyDelete