ANALISIS SOALAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
2005-2013(NOV)
|
|
TAHUN |
TEMA
|
2005(N) |
Gejala vandalisme
|
2006(J) |
Sijil Pelajaran Malaysia
|
2006(N) | Semangat patriotik, PLKN dan tokoh yang berjasa |
2007(J)
|
Aktiviti masa lapang
|
2007(N) | Tanggungjawab menjaga kebersihan |
2008(J) |
Kegiatan dalam bidang pertanian
|
2008(N) |
Punca-punca pencemaran sungai
|
2009(J) |
Bantuan kepada mangsa banjir
|
2009(N) |
Aktiviti badan beruniform serta
faedah-faedahnya
|
2010(J) | Punca pencemaran udara |
2010(N) | Grafik penjagaan kesihatan - Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat |
2011(J) | Kepentingan pengangkutan awam |
2011(N) | Faedah belajar secara berkumpulan |
2012(J) | Faedah menggunakan perpustakaan |
2012(N) | Aktiviti sambutan Hari Kebangsaan di sekolah |
2013(J) | Langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya |
2013(N) | Kepentingan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita |
Showing posts with label Karangan Bahagian A. Show all posts
Showing posts with label Karangan Bahagian A. Show all posts
Tuesday, 29 April 2014
ANALISIS SOALAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN 2005-2013(NOV)
KESAN-KESAN PONTENG SEKOLAH
Selaras dengan pasca permodenan Malaysia yang
kian mendaki ke arah kejayaan, pembangunan modal insan juga harus
digiataktifkan demi meneruskan lagi kecemerlangan taraf ekonomi negara. Namun,
tidak dapat dinafikan gejala sosial para remaja sedikit sebanyak telah meniti
ke arah gaung kerisauan para masyarakat. Antara gejala sosial remaja yang
semenjana parah adalah masalah ponteng sekolah. Terdapat
pelbagai kesan-kesan ponteng sekolah yang mampu memberikan dampak negatif kepada
pelbagai pihak ammnya pelajar itu sendiri,masyarakat mahupun guru.
Pelajar-pelajar yang ponteng sekolah akan mengalami
kemerosotan pencapaian akademik. Dipetik sebuah contoh nan teguh,
pelajar yang ponteng sekolah akan ketinggalan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran yang digiatkan oleh guru di sekolah. Hal ini akan menyebabkan
pelajar itu tidak faham mengenai setiap titik penting di dalam pelajaran
sejajar dengan alasan tidak hadir ke sekolah. Akhirnya pelajar itu tidak
dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Impaknya, pencapaian akademik
pelajar itu akan merosot dan akhirnya menyumbang kepada kemerosotan pencapaian
akademik sekolah. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, susu rosak sebelanga.
Kerana kesilapan pelajar itu sendiri, tompok hitam tercalit ke atas kertas
putih pencapaian akademik sekolah.
Tambahan
pula, tabiat remaja yang sering ponteng sekolah ini
secara eksplisitnya telah menggangu sistem pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan oleh guru disekolah. Para guru akan merasa kerugian kerana
tidak dapat mencurahkan ilmu yang setaraf dengan pelajar lain kepada pelajar
yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap
corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tambahan pula, pelajar yang
ponteng sekolah akan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri
masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta
tidak difahami oleh pelajar yang ponteng sekolah. Walhal, pelajar itu sendiri telah dicoplabelkan sebagai modal insan
negara semenjak hari pertama memasuki zaman persekolahan, namun mereka sendiri
yang telah meleburkan masa depan mereka dan negara. Tuntasnya, gejala ponteng
sekolah tidak memberikan keuntangan mana-mana pihak.
Seterusnya, tabiat ponteng sekolah dalam kalangan pelajar dapat menyumbang
kepada peningkatan gejala sosial di Malaysia. Sememangnya kita sudah
sedia maklum, darah muda remaja yang kian membuak-buak ingin mencuba sesuatu yang baharu. Ketiadaan
pemikiran kritis-(satu bentuk pemikiran yang tidak dengan begitu saja
menerima atau mempersetujui sesuatu) di kalangan pelajar telah
menjerumuskan mereka ke lurah kesesatan yang juga memberikan impak yang amat
teruk terhadap pelbagai pihak. Pelajar yang sering mengamalkan tabiat ponteng
sekolah sering melakukan tabiat yang negatif. Contohnya, melepak, seks bebas,
menagih dadah, menjadi pelesit kota, lumba haram serta mencemarkan alam
sekitar. Tambahan pula, siasatan yang dilakukan oleh krew-krew rancangan 999,
ramai pelajar yang ponteng sekolah membuang masa yang begitu berharga di pusat
membeli belah pada waktu sekolah semata-mata untuk melepak. Sikap remaja masa
kini diibaratkan seperti kera mendapat bunga.
Seterusnya, menyelusuri fakta yang bertunjangkan akar nan sahih, gejala ponteng sekolah memberikan impak negatif terhadap
imej negara. Elemen ini dapat dibuktikan kesahihannya apabila para
pelajar yang bermuka tembok mempelesitkan diri di ceruk kota dan memampangkan
diri mereka dihadapan para pelancong. Kecuaian ini secara implisitnya
memberikan perspektif yang negatif terhadap para pelancong yang ingin
melihat keunikan Malaysia. Namun, hakikatnya para pelajar yang sepatutnya
menuntut ilmu di sekolah telah menunjukkan taring hitam mereka dihadapan para
pelancong. Kesannya, para pelancong akan merasa terganggu dan sudah terang lagi
bersuluh, mereka pasti beranggapan modal insan negara telah hilang budaya
ketimuran. Tambahan lagi, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kebudayaan dan Pelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang
senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak di kawasan membeli belah,
dan terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima
kata-kata kesat daripada golongan pelajar yangponteng sekolah. Tuntasnya,
gejala ponteng sekolah ini telah mengguris nama baik Malaysia.
Kesimpulannya, berdiri di atas landasan kebenaran, gejala ponteng sekolah
sememangnya membawa kesan negatif terhadap pelbagai pihak. Rentetan itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan demi mensifarkan
gejala ponteng sekolah yang acapkali meruncingkan keadaan, bak kata
pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Oleh itu, tenaga pelbagai pihak haruslah
disumbangkan demi melahirkan modal insan yang mampu mencerahkan masa depan
negara ke arah Wawasan 2020.
USAHA UNTUK MENGGALAKKAN MASYARAKAT MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Lihat logo di
bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha – usaha untuk menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan
Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.
USAHA UNTUK
MENGGALAKKAN MASYARAKAT MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Barangan buatan Malaysia
bermakna barangan atau produk yang dihasilkan di Malaysia .Salah satu kejayaan
tanah air kita ialah barang buatan Malaysia telah berjaya menembusi pasaran
antarabangsa. Kereta buatan Malaysia seperti Myvi dan Proton telah dijual di
banyak negara, termasuk England, Australia dan lain-lain lagi. Ironinya,
rakyat Malaysia masih ragu-ragu terhadap kualiti barangan Malaysia.
Lantaran, semua pihak yang terlibat patut mengaturkan usaha yang
bersepadu untuk menggalakkan rakyat kita membeli barangan Malaysia supaya mata
wang Malaysia tidak mengalir ke luar negara.
Pada realitinya, memang tidak
dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kempen berterusan perlu
dilakukan untuk menggalakkan anggota masyarakat supaya membeli barangan buatan
Malaysia. Kempen Beli Barangan Malaysia harus dijalankan atas kerjasama media
massa dan Kementerian Perdagangan Dalam, Koperasi dan Kepenggunaan. Pelbagai
iklan, dokumentari, rancangan, wawancara dan sebagainya harus disiarkan dalam
siaran televisyen, radio, surat khabar dan majalah. Tegasnya, kempen
tersebut dapat mencelikkan minda pengguna kita supaya mengetahui kualiti dan
kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan Malaysia,
seperti peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.”
Pada masa yang sama, pihak
swasta harus bertindak proaktif untuk memperluaskan perniagaan
dengan mempromosikan barangan Malaysia. Salah satu tindakan yang maslahat ialah
mengadakan ekspo di seluruh negara. Pengeluar harus bergabung tenaga
untuk memperkenalkan barangan mereka kepada para pengguna. Sebagai
contohnya, ekspo kosmetik dan makanan herba tempatan boleh diadakan untuk
memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang mutunya dengan
bahan kosmetik atau makanan kesihatan luar negara. Jelasnya, promosi dan ekspo
mampu memperluaskan perniagan barangan buatan Malaysia.
Para pengusaha industri kecil
dan sederhana serta usahawan korporat perlu berusaha meningkatkan kualiti barangan
hasil mereka sama ada bahan pertanian, penternakan atau buatan kilang
sehingga mencapai kriteria ISO atau SIRIM. Dengan ilmu sains dan
teknologi yang canggih, barangan Malaysia bukan sahaja perlu bermutu
malah harus terjamin dari segi kesihatan, keselamatan dan mesra alam. Oleh itu,
kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing
dengan barangan import bak peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Kesimpulannya, rakyat
Malaysia perlu berbangga terhadap barangan Malaysia yang bermutu tinggi. Seisi
negara patut seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu
perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Oleh hal yang demikian,
segenap lapisan masyarakat mestilah bersinergi dan berikhtiar bertungkus
lumus untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat
merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan selama ini.
Tuesday, 5 February 2013
Kelebihan Pendidikan Maya dan Langkah Menggalakkan Penggunaan Pendidikan Maya
Dalam usaha kerajaan memartabatkan
sistem pendidikan agar bertaraf dunia, sistem pengajaran dan pembelajaran
secara maya telah diperkenalkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Bincangkan kelebihan-kelebihan pendidikan maya dan usaha-usaha untuk
menggalakkan penggunaan pendidikan maya.
SUMBER; http://cikgujana.blogspot.com/2009/06/soalan-dalam-usaha-kerajaan.html
Pepatah ada mengatakan ‘zaman beralih, musim bertukar’,sememangnya tidak dapat dinafikan lagi pendidikan konvensional kini telah bertukar wajah. Sistem pendidikan maya telah diperkenalkan di negara kita atas usaha kerajaan untuk memartabatkan lagi sistem pendidikan kita agar bertaraf dunia. Sistem ini bertujuan untuk melonjakkan taraf pendidikan rakyat Malaysia agar setanding dengan sistem pendidikan di negara-negara maju dan juga untuk meningkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran agar boleh diaplikasikasikan di seluruh dunia. Pendidikan maya merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan penggunaan Teknologi dan Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan maya dapat ditakrifkan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah. Jika kita menerobosi secara terperinci tentang sisitem pendidikan maya ini, banyak kelebihan yang bakal kita dapati.
Dalam hal ini, pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi masa para pelajar.
Dalam
nada yang serupa, menerusi sistem pendidikan maya, para pelajar dapat
menggunakan E-buku yang boleh dimuat turun secara langsung dari alam maya.
E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata,
hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu,
para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak. Penggunaan buku elektronik
ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di
sekolah dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani
kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas.
E-buku menjadi suatu wahana dengan pendekatan interpersonal antara guru dengan
pelajar. Sebagai seorang pelajar, internet juga boleh dijadikan sebagai medium
rujukan. Malahan, internet juga dianggap sebagai perpustakaan maya yang
menyimpan khazanah ilmu pengetahuan. Maklumat yang diperoleh lebih cepat, mudah
dan dapat menjimatkan masa.
Di samping itu, para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Sebagai contoh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) membolehkan para pensyarah mengendalikan telesidang yang menggabungkan audio, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan canggih dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi. Malahan, konsep universiti terbuka seperti Universiti Tun Abdul Razak dapat dirancakkan lagi kewujudannya tanpa pelajar perlu bersua muka dengan pensyarah seperti masa ini. Dalam hal ini, golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang hayat yang digalakkan oleh kerajaan. Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini kerana pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Hal ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos perbelanjaan dan penginapan para pelajar. Demi melonjakkan lagi sistem pendidikan di negara kita, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menggalakkan pendidikan maya dalam kalangan masyarakat. Antara usaha yang telah di lakukan ialah menaik taraf sekolah dan institut pengajian tinggi. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan (PIPP) yang bertujuan untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat.Menerusi teras yang keenam Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan tidak kira sama ada sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Sebagai contoh, menerusi PIPP, sebanyak 60 buah sekolah telah dinaik taraf sebagai sekolah kluster.Skolah Kluster dapat disignifikasikan sebagai satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti kecemerlangannya dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Penggunaan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan perlu diikuti oleh semua pelajar sekolah kluster. Misalnya, beberapa sekolah kluster telah mengambil beberapa langkah untuk mempraktikkan pendidikan maya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti menghantar tugasan melalui e-mel dan juga melakukan pembentangan melalui pengunaan komputer. Para pelajar juga digalakkan untuk menguasai perisian komputer seperti Microsoft Words, Microsoft Power Point dan sebagainya. Di samping itu, banyak universiti telah diiktiraf sebagai Universiti penyelidikan seperti Universiti Malaya dan juga Unversiti Sains Malaysia untuk melonjakkan lagi sistem pendidikan di negara kita.
Di samping itu, para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Sebagai contoh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) membolehkan para pensyarah mengendalikan telesidang yang menggabungkan audio, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan canggih dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi. Malahan, konsep universiti terbuka seperti Universiti Tun Abdul Razak dapat dirancakkan lagi kewujudannya tanpa pelajar perlu bersua muka dengan pensyarah seperti masa ini. Dalam hal ini, golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang hayat yang digalakkan oleh kerajaan. Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini kerana pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Hal ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos perbelanjaan dan penginapan para pelajar. Demi melonjakkan lagi sistem pendidikan di negara kita, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menggalakkan pendidikan maya dalam kalangan masyarakat. Antara usaha yang telah di lakukan ialah menaik taraf sekolah dan institut pengajian tinggi. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan (PIPP) yang bertujuan untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat.Menerusi teras yang keenam Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan tidak kira sama ada sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Sebagai contoh, menerusi PIPP, sebanyak 60 buah sekolah telah dinaik taraf sebagai sekolah kluster.Skolah Kluster dapat disignifikasikan sebagai satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti kecemerlangannya dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Penggunaan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan perlu diikuti oleh semua pelajar sekolah kluster. Misalnya, beberapa sekolah kluster telah mengambil beberapa langkah untuk mempraktikkan pendidikan maya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti menghantar tugasan melalui e-mel dan juga melakukan pembentangan melalui pengunaan komputer. Para pelajar juga digalakkan untuk menguasai perisian komputer seperti Microsoft Words, Microsoft Power Point dan sebagainya. Di samping itu, banyak universiti telah diiktiraf sebagai Universiti penyelidikan seperti Universiti Malaya dan juga Unversiti Sains Malaysia untuk melonjakkan lagi sistem pendidikan di negara kita.
Kesimpulannya,
sememangnya pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan kepada seluruh
lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa bentuk pengaajaran dan pembelajaran
yang baharu membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik.
Pelaksanaan sistem pendidikan maya di negara kita dapat meluaskan lagi horizon
minda para pelajar. Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia globalisasi
sekiranya pendidikan maya dilaksnakan secara menyeluruh. Walaupun usia telah
meningkat ilmu pengetahuan tetap dapat dikuasai. Konsep pembelajaran sepanjang
hayat menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan oleh semua
bertunjangkan pepatah ‘ sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang’.
Selain itu pelbagai pihak tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan
(NGO) perlulah berganding bahu bersama kerajaan untuk membangunkan lagi sistem
pendidikan di negara kita agar ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan
negara-negara maju yang lain.
(810 patah perkataan)
ADILAH NUR BINTI YAHYA
5 CERDIK SMAK SULTAN ISMAIL
JOHOR BAHRU, JOHOR, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)