Tuesday, 29 April 2014

ANALISIS SOALAN RUMUSAN SPM

ANALISIS SOALAN 1 : MERUMUSKAN KARANGAN
KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (NOV 2001- JUN 2013)
SPM
SKOP SOALAN
PERKATAAN YANG SESUAI DITUKAR UNTUK PENDAHULUAN
NOV 2001
Tanggungjawab penulis
peranan/ sumbangan/ tugas
JUN  2002
Peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pembangunan ekonomi negara
sumbangan/ kepentingan/ fungsi/ tugas
NOV 2002
Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan
usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/ teknik-teknik/ strategi/tindakan
JUN  2003
Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran moral masyarakat.
usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/  strategi/tindakan
NOV 2003
Kepentingan pelabelan makanan
faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
JUN  2004
Masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan  awam di Malaysia.
kekangan/ kesulitan/ kerumitan/ hambatan
NOV 2004
Faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya.
manfaat/ kebaikan/ kelebihan/ kepentingan
JUN  2005 Cara-cara mengurus tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan/ strategi 
NOV 2005
Faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan
manfaat/kepentingan/ kelebihan/kebaikan 
JUN  2006
Kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan.
faedah/ manfaat/kepentingan/ kebaikan/ keberkesanan 
NOV 2006
Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat
langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan/ strategi 
JUN 2007
Kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya
faedah-faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan
NOV 2007
Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara.
usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/langkah-langkah/ pendekatan/ teknik-teknik/ strategi
JUN 2008
Faedah membaca dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
 
manfaat/ kepentingan/ kebaikan/ kelebihan
NOV 2008
Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas  dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas
  manfaat/ kepentingan/ kebaikan/  
  kelebihan
JUN 2009
Punca-punca  keracunan makanan dan kesan-kesan keracunan makanan..
  faktor-faktor /sebab-sebab
NOV 2009
Kepentingan  tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur
  faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
 
JUN 2010
Kesan pemanasan global dan sebab-sebab masyarakat kurang mengambil berat terhadap fenomena ini
 implikasi/impak/akibat/keburukan/natijah
 
NOV 2010
Kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat manfaat/ kepentingan/ faedah/ 
  kelebihan
JUN 2011
Kepentingan berpeluh kepada manusia dan cara-cara menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti yang mengeluarkan peluh.  faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
 
NOV 2011
Kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan  faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
JUN 2012
Ciri-ciri perunding yang berkesan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran berunding.  sifat-sifat
NOV 2012
Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita.
 punca/sebab-sebab
JUN 2013
Khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan
faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan
NOV 2013 Terkini
Kepentingan hutan bandar dan cara-cara mengekalkan hutan bandar
faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan

Analisis ini diubah suai dan ditambah berdasarkan sumber asal:
Cikgu Shuhaimi bin Sulaiman

ANALISIS KEKERAPAN SOALAN KARANGAN(BAHAGIAN B KERTAS 1)

ANALISIS SOALAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN 2005-2013(NOV)

ANALISIS SOALAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN 2005-2013(NOV)
TAHUN
TEMA
2005(N)
 Gejala vandalisme
2006(J)
 Sijil Pelajaran Malaysia
2006(N)  Semangat patriotik, PLKN dan tokoh yang berjasa
2007(J)
 Aktiviti masa lapang
2007(N)  Tanggungjawab menjaga kebersihan
2008(J)
 Kegiatan dalam bidang pertanian
2008(N)
 Punca-punca pencemaran sungai
2009(J)
 Bantuan kepada mangsa banjir
2009(N)
 Aktiviti badan beruniform serta faedah-faedahnya
2010(J)  Punca pencemaran udara
2010(N)  Grafik penjagaan kesihatan - Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat
2011(J)  Kepentingan pengangkutan awam
2011(N)  Faedah belajar secara berkumpulan
2012(J)  Faedah menggunakan perpustakaan
2012(N)  Aktiviti sambutan Hari Kebangsaan di sekolah
2013(J)  Langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya
2013(N)  Kepentingan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita

KESAN-KESAN PONTENG SEKOLAH



Selaras dengan pasca permodenan Malaysia yang kian mendaki ke arah kejayaan, pembangunan modal insan juga harus digiataktifkan demi meneruskan lagi kecemerlangan taraf ekonomi negara. Namun, tidak dapat dinafikan gejala sosial para remaja sedikit sebanyak telah meniti ke arah gaung kerisauan para masyarakat. Antara gejala sosial remaja yang semenjana parah adalah masalah ponteng sekolah. Terdapat pelbagai kesan-kesan ponteng sekolah yang mampu memberikan dampak negatif kepada pelbagai pihak ammnya pelajar itu sendiri,masyarakat mahupun guru.
          
           Pelajar-pelajar yang ponteng sekolah akan mengalami kemerosotan pencapaian akademik. Dipetik sebuah contoh nan teguh, pelajar yang ponteng sekolah akan ketinggalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang digiatkan oleh guru di sekolah. Hal ini akan menyebabkan pelajar itu tidak faham mengenai setiap titik penting di dalam pelajaran sejajar dengan alasan tidak hadir ke sekolah. Akhirnya  pelajar itu tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Impaknya, pencapaian akademik pelajar itu akan merosot dan akhirnya menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik sekolah. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, susu rosak sebelanga. Kerana kesilapan pelajar itu sendiri, tompok hitam tercalit ke atas kertas putih pencapaian akademik sekolah.

                Tambahan pula, tabiat remaja yang sering ponteng sekolah ini secara eksplisitnya telah menggangu sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru disekolah. Para guru akan merasa kerugian kerana tidak dapat mencurahkan ilmu yang setaraf dengan pelajar lain kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tambahan pula, pelajar yang ponteng sekolah akan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar yang ponteng sekolah. Walhal, pelajar itu sendiri telah dicoplabelkan sebagai modal insan negara semenjak hari pertama memasuki zaman persekolahan, namun mereka sendiri yang telah meleburkan masa depan mereka dan negara. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah tidak memberikan keuntangan mana-mana pihak.
         
      Seterusnya, tabiat ponteng sekolah dalam kalangan pelajar dapat menyumbang kepada peningkatan gejala sosial di Malaysia. Sememangnya kita sudah sedia maklum, darah muda remaja yang kian membuak-buak  ingin mencuba sesuatu yang baharu. Ketiadaan pemikiran kritis-(satu bentuk pemikiran yang tidak dengan begitu saja menerima atau mempersetujui sesuatu) di kalangan pelajar telah menjerumuskan mereka ke lurah kesesatan yang juga memberikan impak yang amat teruk terhadap pelbagai pihak. Pelajar yang sering mengamalkan tabiat ponteng sekolah sering melakukan tabiat yang negatif. Contohnya, melepak, seks bebas, menagih dadah, menjadi pelesit kota, lumba haram serta mencemarkan alam sekitar. Tambahan pula, siasatan yang dilakukan oleh krew-krew rancangan 999, ramai pelajar yang ponteng sekolah membuang masa yang begitu berharga di pusat membeli belah pada waktu sekolah semata-mata untuk melepak. Sikap remaja masa kini diibaratkan seperti kera mendapat bunga.

          Seterusnya, menyelusuri fakta yang bertunjangkan akar nan sahih, gejala ponteng sekolah memberikan impak negatif terhadap imej negara. Elemen ini dapat dibuktikan kesahihannya apabila para pelajar yang bermuka tembok mempelesitkan diri di ceruk kota dan memampangkan diri mereka dihadapan para pelancong. Kecuaian ini secara implisitnya memberikan perspektif yang negatif  terhadap para pelancong yang ingin melihat keunikan Malaysia. Namun, hakikatnya para pelajar yang sepatutnya menuntut ilmu di sekolah telah menunjukkan taring hitam mereka dihadapan para pelancong. Kesannya, para pelancong akan merasa terganggu dan sudah terang lagi bersuluh, mereka pasti beranggapan modal insan negara telah hilang budaya ketimuran. Tambahan lagi, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak di kawasan membeli belah, dan terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima kata-kata kesat daripada golongan pelajar yangponteng sekolah. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah ini telah mengguris nama baik Malaysia.

          Kesimpulannya, berdiri di atas landasan kebenaran, gejala ponteng sekolah sememangnya membawa kesan negatif terhadap pelbagai pihak. Rentetan itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan demi mensifarkan gejala ponteng sekolah yang acapkali meruncingkan keadaan, bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Oleh itu, tenaga pelbagai pihak haruslah disumbangkan demi melahirkan modal insan yang mampu mencerahkan masa depan negara ke arah Wawasan 2020.

USAHA UNTUK MENGGALAKKAN MASYARAKAT MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA



Lihat logo di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha – usaha untuk menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



USAHA UNTUK MENGGALAKKAN MASYARAKAT MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA




                Barangan buatan Malaysia bermakna barangan atau produk yang dihasilkan di Malaysia .Salah satu kejayaan tanah air kita ialah barang buatan Malaysia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Kereta buatan Malaysia seperti Myvi dan Proton telah dijual di banyak negara, termasuk England, Australia dan lain-lain lagi. Ironinya, rakyat Malaysia masih ragu-ragu terhadap kualiti barangan Malaysia. Lantaran,  semua pihak yang terlibat patut mengaturkan usaha yang bersepadu untuk menggalakkan rakyat kita membeli barangan Malaysia supaya mata wang Malaysia tidak mengalir ke luar negara.
               
                Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kempen berterusan perlu dilakukan untuk menggalakkan anggota masyarakat supaya membeli barangan buatan Malaysia. Kempen Beli Barangan Malaysia harus dijalankan atas kerjasama media massa dan Kementerian Perdagangan Dalam, Koperasi dan Kepenggunaan. Pelbagai iklan, dokumentari, rancangan, wawancara dan sebagainya harus disiarkan dalam siaran televisyen, radio, surat khabar dan majalah. Tegasnya, kempen tersebut dapat mencelikkan minda pengguna kita supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.”
               
                Pada masa yang sama, pihak swasta harus bertindak proaktif untuk memperluaskan perniagaan dengan mempromosikan barangan Malaysia. Salah satu tindakan yang maslahat ialah mengadakan ekspo di seluruh negara. Pengeluar harus bergabung tenaga untuk memperkenalkan barangan mereka kepada para pengguna.  Sebagai contohnya, ekspo kosmetik  dan makanan herba tempatan boleh diadakan untuk memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang mutunya dengan bahan kosmetik atau makanan kesihatan luar negara. Jelasnya, promosi dan ekspo mampu memperluaskan perniagan barangan buatan Malaysia.

                Para pengusaha industri kecil dan sederhana serta usahawan korporat perlu berusaha meningkatkan kualiti barangan hasil mereka sama ada bahan pertanian, penternakan atau buatan kilang sehingga mencapai kriteria ISO atau SIRIM.  Dengan ilmu sains dan teknologi yang canggih, barangan Malaysia bukan sahaja perlu bermutu malah harus terjamin dari segi kesihatan, keselamatan dan mesra alam. Oleh itu, kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import bak peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

                Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu berbangga terhadap barangan Malaysia yang bermutu tinggi. Seisi negara patut seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Oleh hal yang demikian, segenap lapisan masyarakat mestilah bersinergi dan berikhtiar bertungkus lumus untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan selama ini.