Tema
:Menghargai kasih sayang guru
Soalan
Percubaan Kedah:
Konsep
Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam
kalangan guru dan murid.
Jelaskan
cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.
TEMA : Menghargai kasih sayang guru
ARAH : Cara
Dalam mendepani era milennium
pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara yang semakin pesat
membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ekonomi negara yang semakin
maju ibrata tenggelam sama basah, timbul sama hanyut dengan negara maju lain.
Namun, dasawarsa ini generasi muda kurang menghormati guru sungguhpun golongan
guru ibarat lilin yang yang sanggup membakar diri. Suffian Astauri ada
menyatakan, menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat. Hal ini kerana ,
menuntut ilmu merupakan bekalan pahala kita di akhirat nanti. Surah Al-Baqarah
ada menjelaskan, boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu perkara sedangkan
perkara tersebut baik untukmu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara
sedangkan perkara tersebut tidak baik untukmu. Hatta, tanpa guru tidak lahir
golongan cerdik pandai yang mampu memimpin negara ke arah kecemerlangan. Oleh
itu, Konsep Sekolah Penyayang yang berteraskan budaya kemesraan dan kasih
sayang antara guru dan murid sewajarnya diterapkan di setiap sekolah. Rentetan
itu, murid akan lebih menghargai setiap
ilmu yang dititiskan oleh guru. Malahan, terdapat pelbagai variasi uslub dan
minhaj boleh diswadaya bagi menghargai golongan guru. Hal ini kerana, guru
sentiasa menganggap murid sebagai benih yang baik dilemparkan ke darat menjadi
permata yakut yang bersinar cemerlang, dilemparkan ke laut menjadi pulau penuh
khazanah.
Sudah terang lagi bersuluh,
prakarsa yang afdal untuk menghargai kasih sayang guru adalah menghormatinya.
Tamsilnya, kita mestilah memberi salam dan mengikuti arahan guru pada setiap
masa. Hal ini kerana, guru ialah orang yang mencurahkan ilmu dan mengajar kita
erti kehidupan tanpa mengenal jemu. Natijahnya, kita akan menjadi orang yang
berpengetahuan luas dan bersedia menghadapi krisis kehidupan pada masa akan
datang. Murid yang menghormati guru boleh dianalogikan seperti semut merah yang
menghormati dan melindungi permaisurinya. Menurut Whittier, apabila kepercayaan
terhadap guru hilang, maka matilah orang itu. Surah An Nahl ayat 125 ada
menyatakan, serulah ke jalan Tuhan-Mu wahai Muhammad dengan hikmah dan
pengajaran yang baik serta berbahaslah dengan cara yang terbaik. Hal ini
bermakna, guru merupakan orang yang sepatutnya kita letakkan di tempat yang
tinggi kerana agama Islam sendiri meletakkan guru sebagai insan selepas ibu dan
bapa. Sekiranya pelajar di Malaysia menghormati guru-guru mereka , maka
wujudlah suasana sekolah yang kondusif dan harmonis. Oleh itu, marilah kita
menghormati guru yang mengajar kita supaya kita menjadi pelajar yang cemerlang
dan berakhlak mulia.
Peribahasa Melayu ada
menyatakan, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Oleh itu,
sebagai murid, kita seharusnya bersyukur dan sentiasa mendoakan kebahagiaan
guru yang telah mendidik kita tanpa jemu. Tambahan pula, mereka sanggup
bersengkang mata menanda kertas peperiksaan dan mengadakan kelas tambahan
semata-mata mahu melihat kejayaan anak didiknya. Jika kita sentiasa mendoakan
kebahagiaan guru-guru kita, ilmu yang kita pelajari akan kekal dan diberkati
oleh Allah s.w.t. Imam Abu Hanifah pernah menyatakan, “tidak sekalipun aku
solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan mereka yang pernah
mengajarku.” Hal ini kerana, sebagai umat Islam kita seharusnya sentiasa
berpegang teguh pada ajaran Islam dan
mentaati serta mendoakan guru-guru kita agar kita dapat belajar dengan tenang
dan selesa.
Sebagai remaja yang lagi lebai
lagi berjanggut, kita semestinya membantu guru tatkala mereka inginkan
pertolongan kita.Hal ini kerana, guru merupakan golongan yang perlu dihormati
oleh individu bergelar pelajar. Natijahnya, keberkatan ilmu akan diperoleh jika menyenangkan hati guru
mereka tanpa menggores perasaan mereka. Seyogia, setiap pelajar harus ringan
tulang membantu guru-guru mereka. Hal ini bertepatan dengan aforisme, habis
kapak berganti beliung. Tanpa sikap ringan tulang, pasti pelajar akan mengalami
kesukaran untuk berjaya kelak. Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, pelajar
yang terbaik ialah pelajar yang sentiasa datang awal ke sekolah membantu guru
sesuai dengan peribahasa hanyut dipintasi, lulus diselami dan hilang dicari.
Sementelahan, jasa guru terhadap pelajar tidak ternilai dengan harta dan wang
ringgit. Sekiranya setiap pelajar berusaha sedaya upaya menbatu guru seperti membawa
buku guru dan menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan, segala ilmu
akan beroleh keberkatan.
Peribahasa seperti pahat dengan
penukul menggambarkan sikap liat dan berat hati dalam melakukan tugasan. Oleh
itu , pelajar perlu mengubah sikap dan sentiasa bertindak pantas dalam membuat
sebarang tugasan yang diarahkan oleh guru. Menurut Surah Ar Ra’d, Allah tidak
akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut yang mengubahnya. Hal
ini menunjukkan bahawa, pelajar perlu memiliki wawasan dan visi yang jelas di
sekolah. Sikap malas harus dibuang sama sekali dan sikap rendah diri dalam
menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan oleh guru perlu wujud dalam diri
pelajar. Seperkara yang penting ialah, setiap tugasan merupakan amanah yang
diberikan oleh guru kepada murid. Manakala sebagai murid, kita perlu berusaha
sedaya upaya menyiapkan tugasan yang terbaik untuk diserahkan kepada guru.
Sekiranya semua pelajar berintegriti dalam menyiapkan tugasan serta memahami
tanggunjawab diri, maka elemen kasih sayang antara guru dan murid semakin
terpaut erat.
Sebagai pengitlakan, guru ialah
insan yang perlu kita letakkan pada darjat yang tinggi. Guru banyak berkorban
masa dan tenaga mendidik kita sehingga berjaya. Albert Einstein sendiri pernah
menyatakan, ilmu tanpa agama ialah buta. Hal ini membuktikan kepada kita
bahawa, pelajar yang berilmu dan berpengetahuan dalam semua bidang terhasil
daripada komitmen dan kerja keras golongan guru. Sebagai murid, kita perlu
menjadi seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh, patah
paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku dalam memartabatkan
guru-guru kita. Sekiranya semua pelajar menghargai jasa dan pengorbanan guru,
maka ilmu yang dipelajari diberkati dan seterusnya menjana modal insan kelas
pertama.
Jika hari ini seorang ulama yang
mulia ,
Jika hari ini seorang peguam
menang bicara ,
Jika hari ini seorang perdana
menteri berkuasa ,
Semuanya bermula dengan guru
biasa ,
Yang mengajar tulis baca.
sumber :http://teknikmudahperenggan.blogspot.com/2012/10/tema-menghargai-kasih-sayang-guru.html
No comments:
Post a Comment