Monday, 15 October 2012

Modul Pensuran - Menguasai Teknik Menjawab Soalan Rumusan SPM (Edisi Semakan 2012)

1.0  MENGENAL PASTI TUGASAN ISI TERSURAT DAN ISI TERSIRAT

Tips:
i.                    Tugasan isi tersurat (S) dan isi tersirat (T) terkandung dalam arahan soalan.
ii.                 Tugasan S adalah unsur pertama pada arahan soalan.(Selepas kata 'tentang' sebelum kata 'dan')
iii.                Tugasan T adalam unsur kedua pada arahan soalan (selepas kata hubung ‘dan’)
Contoh:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan sektor Rukun Tetangga di kawasan perumahan dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Tugasan S

Tugasan T

faedah penubuhan sektor Rukun Tetangga di kawasan perumahan
sebab-sebab penubuhannya
Latihan A: Kenal pasti tugasan S dan T.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai Program Latihan Khidmat Negara dan langkah-langkah untuk menggalakkan remaja.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan tanah terbiar kepada negara dan cara-cara mengatasinya.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca penipisan lapisan ozon dan kesannya kepada manusia. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kekangan untuk menjadi usahawan yang berjaya dan kesannya kepada negara.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan mempelajari bahasa asing dan kekangan yang dihadapi.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang implikasi perasaan muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia dan cara-cara mewujudkannya.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri pelajar cemerlang dan kepentingannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang risiko penyalahgunaan dadah kepada negara dan usaha untuk membanterasnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi VCD haram dan implikasi VCD haram kepada pembangunan negara.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kaedah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan dan masalah yang dihadapi. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang keistimewaan penggunaan kad kredit dan risikonya kepada pengguna. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan golongan penulis kepada pembangunan negara dan ciri-ciri penulis yang baik. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang fungsi tenaga nuklear dan kesan penggunaannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cabaran untuk melahirkan atlet bertaraf dunia dan langkah-langkah untuk merealisasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang pandangan masyarakat Malaysia terhadap pengangkutan awam dan cara-cara untuk meyakinkan  mereka. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Jawapan:
No.
Tugasan S

Tugasan T

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
2.0  MENGENAL PASTI KATA KUNCI DALAM ISI TERSURAT DAN PERKATAAN BERSINONIM.
Tips:
i.                    Kata kunci dalam tugasan isi tersurat ialah fokus tugasan isi tersurat.
ii.                  Perkataan bersinonim ialah perkataan seerti.
iii.                Contoh kata kunci yang selalu digunakan bagi soalan rumusan.
         Kesan/impak/ akibat
         Masalah/ kekangan/ halangan/ cabaran
         Sebab/ punca/ faktor
         Peranan/ tanggungjawab/ fungsi
         Kaedah/ cara/ langkah/ strategi
         Kebaikan/ faedah/ kepentingan/ manfaat/ kemaslahatan
         Keburukan/ Kemudaratan
         Ciri-ciri/ sifat/ kriteria
         Pandangan/ pendapat
Contoh:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan sektor Rukun Tetangga di kawasan perumahan dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kata kunci S

Perkataan bersinonim dengan kata kunci

faedah penubuhan sektor Rukun Tetangga di kawasan perumahan.
Kepentingan / manfaat/ kebaikan
Latihan B:
Berdasarkan Latihan A, kenal pasti kata kunci isi tersurat dan nyatakan perkataan yang bersinonim bagi kata kunci berkenaan.
Jawapan:
No.
Kata kunci S

Perkataan bersinonim dengan kata kunci

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
3.0       membina pendahuluan rumusan

Tip:
i.                    Pendahuluan rumusan didahului dengan frasa ‘Petikan tentang… atau
Petikan membincangkan…’
ii.                  Hanya memasukkan unsur isi tersurat sahaja dengan menukarkan kata kunci isi tersurat dengan perkataan yang bersinonim.
iii.                Selepas frasa unsur isi tersurat tambahkan dengan maklumat tambahan seperti di mana?/ bila?/ siapa? (pilih salah satu sahaja iaitu yang mana-mana tiada dalam unsur tugasan isi tersurat)
Contoh di mana?: …di Malaysia
Contoh bila?: …pada masa kini/ marcapada.
Contoh siapa?: … dalam kalangan pelajar.
Contoh:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan sektor Rukun Tetangga di kawasan perumahan dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pendahuluan:
Petikan tentang manfaat penubuhan sektor Rukun Tetangga di kawasan perumahan pada masa kini.
Latihan C:
Berdasarkan soalan Latihan A, bina pendahuluan rumusan yang berkenaan.
1.      Petikan tentang …………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
2.      Petikan tentang …………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
3.      Petikan tentang …………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
4.      Petikan tentang …………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
5.      Petikan tentang …………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
6.      ………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
7.      ………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
8.      ………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
9.      ………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
10.  ………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
11.  ………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
12.  ………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
13.  ………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
14.  ………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
15.  ………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
4.0       MENULIS ISI TERSURAT
Tips:
i.                    Isi tersurat merujuk kepada tugasan isi tersurat sahaja.
ii.                  Isi tersurat terdapat dalam petikan.
iii.                Lazimnya terdapat sekurang-kurangnya 6 isi tersurat dalam petikan.
Latihan D:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca pencemaran air di negara ini dan kesan-kesan buruk yang timbul . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
            Air merupakan sumber semula jadi yang sangat penting bagi kehidupan di muka bumi ini. Oleh sebab manusia merupakan pengguna utama sumber semula jadi ini, maka tidak hairanlah kita juga ialah penyumbang terbesar kepada masalah pencemaran air. Pernahkah anda terfikir ke manakah perginya sisa kumbahan yang kita hasilkan? Sedarkah kita bahawa sisa kumbahan tersebut sebenarnya faktor utama pencemaran air? Pada tahun 2006, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah merekodkan sebanyak 18 956 punca pencemaran sumber terus bekalan air yang penyumbang terbesarnya adalah daripada loji rawatan sisa kumbahan. Oleh itu, di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi menaik taraf sistem pembetungan yang sudah usang di negara ini sebagai langkah mengurangkan pencemaran sumber air.
            Menurut JAS, aktiviti pembukaan tanah yang tidak terkawal menjadi punca utama pencemaran sungai di 31 lembangan sungai di seluruh negara. Inilah kesan kerakusan tangan manusia mengejar keuntungan tanpa memikikan kesan di sebaliknya. Selain itu, penggunaan racun serangga dan juga baja kimia yang tidak diserap oleh tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran akan mengalir ke sungai atau meresap ke dalam tanah bersama-sama air hujan memberikan kesan kepada kehidupan akuatik dan pencemaran alam sekitar.
            Di Malaysia, masalah pencemaran air disebabkan oleh penternakan haiwan menjadi masalah yang semakin serius dan sukar ditangani. Misalnya, sisa air mandian babi mempunyai kandungan zink dan ammoniakal nitrogen yang tinggi, manakala najisnya pula mengandungai bakteria berbahaya seperti Escherichia coli (E.coli) dan sebagainya yang memberikan kesan kepada tahap keselamatan sumber air. Sikap ambil mudah masyarakat yang membuang sampah terus ke dalam longkang dan sungai memburukkan lagi keadaan. Dianggarkan bahawa tidak kurang daripada satu juta kilogram sisa buangan dibuang ke dalam sungai. Pusat pelupusan sampah yang tidak diuruskan dengan sempurna menggawatkan lagi masalah ini. Beberapa tapak pelupusan sampah di sekitar Selangor dan Putrajaya telah diarahkan tutup kerana menjadi antara punca utama pencemaran air.
            Tambahan pula, masih terdapat banyak pengusaha kilang perindustrian yang gagal mematuhi Peraturan Kualiti Persekitaran (Kumbahan dan Efluen Industri) 1979, yang telah ditetapkan oleh JAS. Mereka sewenang-wenangnya mengalirkan sisa buangan yang tidak dirawat terus ke dalam sungai atau laut. Tuntasnya, masalah pencemaran air di negara kita semakin serius walaupun masih terkawal.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Air: Bersyukurkah Kita? oleh Roslan Lateh, Dewan Siswa, April 2009)
Menganalisis soalan
Tugasan isi tersurat:
……………………………………………..……………………………………………..
……………………………………………………………………………………………
Perkataan bersinonim bagi kata kunci isi tersurat
…………………………………………………………………………………..……….

Isi tersurat

Kenal pasti sama ada ayat-ayat di bawah ialah isi tersurat.
Ayat
Ya/Tidak
Ayat
Ya/Tidak
Ayat
Ya/Tidak
1
7
13
2
8
14
3
9
15
4
10
16
5
11
17
6
12
18
Senaraikan  isi tersurat
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………...……………………………………………...
……………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………...
5.0              MENULIS ISI TERSIRAT
Tips:
i.                    Isi tersirat rujuk tugasan bagi isi tersirat sahaja (unsur kedua dalam tugasan).
ii.                  Isi tersirat tiada dalam petikan – bergantung kepada pengetahuan sedia ada murid.
iii.                Soalan-soalan berpandu boleh membantu murid menyenaraikan isi tersirat.
Latihan E:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca pencemaran air di negara ini dan kesan-kesan buruk yang timbul . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
            Air merupakan sumber semula jadi yang sangat penting bagi kehidupan di muka bumi ini. Oleh sebab manusia merupakan pengguna utama sumber semula jadi ini, maka tidak hairanlah kita juga ialah penyumbang terbesar kepada masalah pencemaran air. Pernahkah anda terfikir ke manakah perginya sisa kumbahan yang kita hasilkan? Sedarkah kita bahawa sisa kumbahan tersebut sebenarnya faktor utama pencemaran air? Pada tahun 2006, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah merekodkan sebanyak 18 956 punca pencemaran sumber terus bekalan air yang penyumbang terbesarnya adalah daripada loji rawatan sisa kumbahan. Oleh itu, di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi menaik taraf sistem pembetungan yang sudah usang di negara ini sebagai langkah mengurangkan pencemaran sumber air.
            Menurut JAS, aktiviti pembukaan tanah yang tidak terkawal menjadi punca utama pencemaran sungai di 31 lembangan sungai di seluruh negara. Inilah kesan kerakusan tangan manusia mengejar keuntungan tanpa memikikan kesan di sebaliknya. Selain itu, penggunaan racun serangga dan juga baja kimia yang tidak diserap oleh tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran akan mengalir ke sungai atau meresap ke dalam tanah bersama-sama air hujan memberikan kesan kepada kehidupan akuatik dan pencemaran alam sekitar.
            Di Malaysia, masalah pencemaran air disebabkan oleh penternakan haiwan menjadi masalah yang semakin serius dan sukar ditangani. Misalnya, sisa air mandian babi mempunyai kandungan zink dan ammoniakal nitrogen yang tinggi, manakala najisnya pula mengandungai bakteria berbahaya seperti Escherichia coli (E.coli) dan sebagainya yang memberikan kesan kepada tahap keselamatan sumber air. Sikap ambil mudah masyarakat yang membuang sampah terus ke dalam longkang dan sungai memburukkan lagi keadaan. Dianggarkan bahawa tidak kurang daripada satu juta kilogram sisa buangan dibuang ke dalam sungai. Pusat pelupusan sampah yang tidak diuruskan dengan sempurna menggawatkan lagi masalah ini. Beberapa tapak pelupusan sampah di sekitar Selangor dan Putrajaya telah diarahkan tutup kerana menjadi antara punca utama pencemaran air.
            Tambahan pula, masih terdapat banyak pengusaha kilang perindustrian yang gagal mematuhi Peraturan Kualiti Persekitaran (Kumbahan dan Efluen Industri) 1979, yang telah ditetapkan oleh JAS. Mereka sewenang-wenangnya mengalirkan sisa buangan yang tidak dirawat terus ke dalam sungai atau laut. Tuntasnya, masalah pencemaran air di negara kita semakin serius walaupun masih terkawal.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Air: Bersyukurkah Kita? oleh Roslan Lateh, Dewan Siswa, April 2009)
Menganalisis soalan
Tugasan isi tersirat:
……………………………………………..……………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………
Soalan berpandu.
1.      Apakah kesan pencemaran air kepada sumber bekalan air bersih?
2.      Apakah kesan pencemaran air kepada kehidupan akuatik?
3.      Bagaimanakah bau air sungai yang tercemar?
4.      Sesuaikah sungai atau laut yang tercemar sebagai tempat untuk beriadah?
5.      Apakah kesan pencemaran kepada kos rawatan air?
6.      Apakah kesn pencemaran air kepada kesihatan?
Senaraikan  isi tersirat
……………………………………………...…………….……………………………………...
……………………………………………...………….………………………………………...
……………………………………………...……….…………………………………………...
……………………………………..……………...……………………………………………...
……………………………………………………...…………………………..………………...
……………………………………………...………………………………..…………………...
……………………………………………...………………………..…………………………...
……………………………………………...………………………………..…………………...
……………………………………………...………………………………………..…………...
……………………………………………...………………………………………………..…...
……………………………………………...……………………………………………............
……………………………………………...…………………………………………….............
……………………………………………...…………………………………………….............
……………………………………………...…………………………………………….............
……………………………………………...……………………………………………............
……………………………………………...……………………………………………............
……………………………………………...……………………………………………............
……………………………………………...……………………………………………...........
……………………………………………...……………………………………………............
……………………………………………...……………………………………………............
……………………………………………………………………………………………..........
……………………………………………………………………………………………..........
……………………………………………………………………………………………..........
……………………………………………………………………………………………..........
……………………………………………………………….……………………………..........
……………………………………………………………….……………………………..........
6.0              MENULIS KESIMPULAN.

Tip:
i.                    Kesimpulan terdiri daripada 2 elemen iaitu cadangan dan alasan.
Kaedah menulis cadangan:
  1. Isu yang bernilai positif mestilah disokong oleh pihak sasaran.
Contoh:…semua pihak hendaklah menyokong (isu) supaya…. (alasan)
  1. Isu yang bernilai negatif mestilah ditangani atau dibanteras oleh pihak sasaran.
Contoh:…semua pihak hendaklah membanteras (isu) supaya…(alasan)
  1. Isu yang ada negatif dan positif mestilah dipertimbangkan dengan bijak oleh pihak sasaran
Contoh: …semua pihak hendaklah bijak/mengawal (isu) supaya…(alasan)
Kaedah menulis alasan:(contoh alasan ‘pasang siap’ yang bergantung kepada tema isu)
  1. Tema ekonomi (seperti pelancongan, perindustrian, pertanian, penternakan dsb)
Contoh: …supaya ekonomi negara meningkat;…supaya pendapatan negara bertambah.
  1. Tema sosial (seperti disiplin, nilai-nilai murni,pendidikan dsb)
Contoh:…supaya melahirkan rakyat yang berakhlak mulia; …supaya melahirkan generasi muda yang cemerlang.
  1. Tema kenegaraan (seperti politik, dasar-dasar kerajaan, perpaduan dsb)
Contoh: …supaya negara bertambah makmur; …supaya keamanan negara terpelihara.
  1. Tema kesihatan (seperti pemakanan sihat, aktiviti sukan, rekreasi, penyakit dsb)
Contoh: …supaya mewujudkan rakyat yang sihat; …supaya melahirkan masyarakat yang cergas; …supaya kesihatan terpelihara.
  1. Tema alam sekitar
Contoh:…supaya ekologi akan terpelihara;…supaya ekosistem terlestari
  1. Tema kebudayaan/ tradisi/adat /kebahasaan
Contoh: …supaya budaya bangsa akan terpelihara/ …supaya martabat bahasa kita akan meningkat.
  1. Tema sains dan teknologi
Contoh: …supaya imej negara akan meningkat:…supaya kita menjadi negara/masyarakat yang moden.
ii.                  Ditandai dengan frasa Kesimpulannya…
Contoh:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan sektor Rukun Tetangga di kawasan perumahan dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Analisis nilai petikan

(i)                 Isu petikan : Positif – penubuhan sektor Rukun Tetangga di kawasan perumahan mesti disokong oleh pihak sasaran.
(ii)               Pihak sasaran: masyarakat
Kesimpulan:
(i)                 Penanda wacana : Kesimpulannya
(ii)               Cadangan : masyarakat haruslah menyokong penubuhan sektor Rukun Tetangga di kawasan perumahan
(iii)             Alasan : supaya kawasan perumahan lebih selamat.
Rangka kesimpulan:
Kesimpulannya (pihak sasaran) haruslah (menyokong /menangani/ membuat pertimbangan yang wajar terhadap isu) supaya ( alasan)
Contoh kesimpulan:
Kesimpulannya masyarakat haruslah menyokong penubuhan sektor Rukun Tetangga di kawasan perumahan supaya kawasan perumahan lebih selamat.
Latihan F:
Bina kesimpulan bagi soalan rumusan dalam Latihan D di atas.
1.      Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca pencemaran air di negara ini dan kesan-kesan buruk yang timbul . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Analisis nilai petikan:
(i)         Isu petikan :   ……………………………………………………………………….
                                    ………………………………………………………………………
(iii)             Pihak sasaran : ……………………………………………………………………..
Kesimpulan:
(i)         Penanda wacana : …………………………………………………………………
(ii)        Cadangan :      …………………………………………………………………….
                                    …………………………………………………………………….
(iii)       Alasan :           …………………………………………………………………….
                                    …………………………………………………………………….  
Kesimpulannya …………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
7.0       MENULIS RUMUSAN LENGKAP.
Tips:
i.                    Gunakan rangka rumusan yang disediakan di bawah yang mengandungi 4 perenggan.
            Petikan tentang (tugasan isi tersurat dengan menggantikan kata kunci isi tersurat dengan perkataan bersinonim).
            Antara (kata kunci isi tersurat) ialah (S1) dan (S2). Selain itu, (S3) dan (S4). Di samping itu, (S5), (S6) dan (S7).
            Antara (kata kunci isi tersirat) ialah (T1), (T2), (T3) dan (T4).
            Kesimpulannya (pihak sasaran) haruslah (menyokong /menangani/ membuat pertimbangan yang wajar terhadap isu) supaya/agar/untuk/demi ( alasan).
                                                                                              ( jumlah patah perkataan)


  1. Akromin penanda wacana dalam rumusan “PASDAK”, iaitu:
P = Petikan tentang..
A = Antara ….(tugasan isi tersurat)…
S = Selain itu,…
D = Di samping itu, …
A = Antara …(tugasan isi tersirat)…
K = Kesimpulannya,…
Latihan G:
Tulis rumusan yang lengkap berdasarkan soalan rumusan dalam Latihan D di atas.
1.      Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca pencemaran air di negara ini dan kesan-kesan buruk yang timbul . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
.
Latihan rumusan D:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
1.      LATIHAN PENGUKUHAN
Latihan Pengukuhan 1.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca pelajar merokok dan langkah-langkah untuk mengurangkan ketagihan merokok dalam kalangan orang ramai . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
          Aktiviti merokok dalam kalangan pelajar khasnya kini semakin membimbangkan. Mereka tidak segan silu merokok dalam khalayak. Kini tabiat merokok tidak mengenal usia. Banyak daripada kalangan remaja dan kanak-kanak sudah terperangkap dalam tabiat merokok. Mereka kini bebas membeli rokok di kedai makan, gerai dan kedai serbaneka walaupun berpakaian sekolah sungguhpun ada larangan menjual rokok kepada remaja yang berusia 18 tahun ke bawah.
    
          Kebanyakan pelajar pada asalnya merokok kerana perasaan ingin tahu mereka yang sangat kuat.Naluri ingin tahu membara dalam diri pelajar, justeru ingin merasai sendiri pengalaman tersebut. Ada juga pelajar yang ingin membuktikan bahawa dirinya telah matang apabila merokok. Dengan kata lain, merokok menjadikan mereka dewasa. Hakikatnya pelajar yang tidak merokoklah yang lebih matang.
 
         Aspek sosial juga mempengaruhi pelajar merokok. Alasan utama ialah tekanan oleh rakan sebaya. Kebanyakan mereka dicabar oleh rakan supaya merokok. Mereka juga mencontohi ibu bapa, penjaga, saudara-mara dan model teladan yang merokok. Persekitaran juga mempengaruhi pelajar merokok Pelajar lelaki dikatakan terpengaruh dengan iklan rokok yang dipaparkan terutamanya apabila menggunakan personaliti idaman. Ada juga pelajar terutamanya perempuan yang terpengaruh dengan mitos bahawa merokok dapat menguruskan badan. Berat badan amat penting kepada remaja perempuan yang mementingkan kecantikan fizikal. Iklan rokok yang cuba memberikan gambaran imej positif yang bercorak “keyakinan”, “kematangan” dan “keberanian”.
    
          Rokok juga mudah diperoleh di mana-mana kedai dan dapat dibeli sewenang-wenangnya. Undang-undang menetapkan bahawa peruncit yang didapati bersalah menjual rokok kepada pengguna yang berusia 18 tahun ke bawah boleh dikenakan hukuman maksimum RM5000 atau penjara sehingga dua tahun. Pelajar yang ditangkap merokok, membeli atau memiliki rokok boleh didenda sehingga RM1000. Sehingga kini, penguatkuasaan belum benar-benar dilakukan. Tidak hairanlah perokok di negara semakin meningkat. Oleh itu, tabiat merokok perlu dibendung dari peringkat kanak-kanak kerana kajian mendapati bahawa mereka yang ketagih rokok akan kekal menjadi perokok sepanjang hayat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana, “Katakan “Tidak” pada Rokok”
oleh Allice Danial dalam Dewan Siswa Mac 2010)
    
Latihan pengukuhan 2.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang strategi untuk mengawal pemanasan global dan kesan yang akan berlaku jika fenomena ini tidak dikawal. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
           Hujah saintifik daripada para saintis sudah membuktikan bahawa pemanasan global pasti berlaku. Tidak ada sesiapa pun yang dapat lari ataupun mengelakkan diri daripada situasi ini. Dalam hal ini, usah kita bertanya apa-apa yang orang lain akan lakukan bagi menyelamatkan kita. Kita yang sebaik-baiknya perlu bertindak bagi melambatkan proses pemanasan global daripada menjadi terlalu kritikal.
           Selama ini pengguna menyatakan lampu kalimantang tidak mendatangkan kesan kepada alam sekitar. Namun , sebenarnya lampu jenis itu ialah penyumbang kepada gas rumah hijau. Oleh itu, pengguna digalakkan bertukar kepada sejenis lampu yang lebih efisien yang kurang menggunakan tenaga. Selain itu, kita perlu mengubah sikap penggunaan tenaga dalam kehidupan seharian dengan menutup penggunaan elektrik apabila tidak digunakan. Lebih baik juga sekiranya kita menggunakan cahaya matahari untuk menerangi isi rumah ataupun pejabat daripada menyalakan lampu pada siang hari.
          Semua orang tahu bahawa asap kenderaan itu antara penyumbang kepada gas rumah hijau. Pada zaman teknologi kini, tidak ada alasan bagi menyatakan tiada alternatif untuk mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan yang membebaskan banyak gas karbon dioksida. Kemajuan teknologi telekomunikasi harus dimanfaatkan daripada kita berkejar ke sana sini menggunakan kenderaan sehingga mengeluarkan gas yang banyak. Ataupun lebih baik menggunakan pengangkutan awam yang mesra alam seperti LRT Putra, Star LRT ataupun Monorel untuk sampai ke destinasi pilihan.
          Sememangnya benar bahawa menanam pokok banyak menyumbang kepada kestabilan pencemaran alam sekitar kerana menyerap beberapa karbon. Namun, sebenarnya ia juga melepaskan karbon dioksida apabila mati. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya ia menjadi alat teduh yang mengurangkan penggunaan kos penyejukan dan masih bermanfaat dalam jangka masa pendek. Cuba kita bayangkan sekiranya pada suatu hari nanti berlaku kehabisan bahan api fosil, apa yang dapat kita lakukan? Oleh  itu, lebih elok sekiranya kita beralih kepada penggunaan tenaga semula jadi seperti tenaga solar, geothermal (haba bumi), dan kuasa angin. Banyak produk sekarang yang menggunakan tenaga semula jadi.
         “Belilah produk kitar semula!”. Bunyinya macam aneh bukan? Sebenarnya, penghasilan produk daripada bahan kitar semula lebih menjimatkan tenaga daripada menghasilkan barang yang baharu. Sewajarnya, kita memeriksa produk atau pembungkusnya bagi memastikan ada logo kitar semula pada produk itu sebelum membelinya. Ayuh, marilah kita berganding bahu ‘menyihatkan’ bumi!
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana, “Bagaimana Mencegah dan Mengawal Pemanasan Global”, oleh Nurul Fiza Selamat, dalam Dewan Kosmik Mac 2007.)
Latihan Pengukuhan 3.
Baca petikan di bawah dengan dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha yang harus dilakukan guru sebagai pembina negara bangsa dan cabaran yang dihadapi oleh guru untuk menjayakannya. Panjang rumusan  hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sekolah ialah tempat digantungkan harapan. Kejayaan harapan ini bergantung pada kepimpinan dan guru sekolah. Guru mempunyai peranan istimewa untuk mencorakkan masyarakat pada masa yang akan datang. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa modal insan tidak akan berjaya jika tidak dimodalkan.
Guru yang terpuji sentiasa bertanggungjawab dan memiliki komitmen yang jitu. Sebagai profesional, guru hendaklah meningkatkan pengetahuan mereka sesuai dengan tuntutan zaman supaya pergerakan mereka sentiasa relevan dengan keadaan dan ketika. Hal ini demikian kerana ledakan pengetahuan bertambah hebat, di samping kumpulan yang diajar juga mempunyai pelbagai tahap kebolehan. Menjadi suatu kesalahan jika guru menumpukan perhatian kepada yang ampuh semata-mata. Oleh itu, perhatian yang lebih wajar diberikan oleh guru  kepada pelajar yang ketinggalan. Hal ini kerana semua murid di sekolah terletak di bawah wewenang guru dan tidak adil jika kita mencantas peluang mereka untuk maju.
Di samping itu, guru perlu menanamkan sikap suka hendak belajar kepada murid. Pengetahuan sentiasa berkembang maju dan apa-apa yang diajarkan hari ini akan menjadi usang esok. Oleh sebab itu, pembelajaran perlu berterusan dan mesti ada perasaan suka hendak belajar. Walau bagaimanapun, kita juga perlu ingat bahawa globalisasi turut membawa nilai moral dari luar yang boleh menjadikan muda-mudi kita longlai. Kini nilai dan sopan santun kita juga sudah berubah. Dalam hal ini, guru diingatkan agar menyemai nilai moral dalam diri murid supaya murid menjadi manusia yang bersopan santun, berbudi bahasa, hormat-menghormati dan berbudi pekerti mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Pada masa yang sama guru wajib mempunyai wawasan untuk membetulkan yang salah dan mengelakkan yang negatif.
Dalam memastikan kejayaan seseorang murid, guru tidak boleh leka daripada  menilai diri sendiri supaya pengajarannya sentiasa berkesan dan berjaya mengambil hati muridnya. Murid yang dibentuk diharapkan bakal menjadi masyarakat yang inovatif , kreatif dan sentiasa memajukan diri sendiri. Untuk menjayakan harapan tersebut, guru sendiri seharusnya menjadi contoh yang sesuai kepada murid.
                                                                                        
                                                            (Diubahsuaikan daripada “Guru Pembina Negara Bangsa”                                                               oleh Abdul Rahman Arshad, Pelita Bahasa, Mei 2009)
Latihan Pengukuhan 4.
Baca  petikan  di bawah  dengan  teliti  kemudian  buat  satu   rumusan   tentang    faedah permainan    tradisional   dan   langkah-langkah   mempopularkan permainan tradisional. Panjang rumusan hendahlah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Di negara kita, terdapat pelbagai jenis permainan tradisional daripada pelbagai suku   kaum. Antara yang  paling  popular  termasuklah wau, batu seremban, congkak, gasing,  konda-kondi, dan  banyak  lagi. Permainan  tradisional dimainkan sama ada oleh kanak-kanak, remaja   atau orang  dewasa. Permainan tradisional  juga seperti permainan moden dapat membina fizikal kerana pemainnya perlu bergerak aktif, pantas, dan laju. Seseorang yang aktif dalam permainan lazimnya mempunyai bentuk badan yang cantik dan sahsiah  yang baik.
Selain itu, permainan tradisional juga  menjadi  kegiatan riadah untuk mengisi masa senggang setelah pulang dari sekolah dan selepas penat bekerja. Bermain permainan tradisional secara perseorangan ataupun berpasukan mampu mengeratkan hubungan sama ada dalam kalangan pemain ataupun anggota keluarga. Bagi permainan yang lebih besar seperti gasing, wau, dan sebagainya, permainan itu dapat menarik perhatian penduduk dari kampung yang berdekatan sama ada sebagai pasukan lawan atau penonton.
Kaedah permainan yang  dimainkan  secara berpasukan pula secara langsung dapat      menanam  sikap dan  nilai kerjasama. Tanpa  kerjasama ahli  kumpulan, permainan tidak       dapat dilangsungkan dengan baik, apatah lagi untuk mencapai kemenangan. Kekuatan    sesebuah  pasukan bukan sahaja memerlukan kerjasama, malahan bergantung pada ciri          kepimpinan dan  kepatuhan pengikutnya terhadap arahan ketua serta peraturannya. Setiap permainan juga menuntut pemainnya berfikir untuk mengatur  strategi  dan  memilih teknik yang terbaik untuk menang. Tanpa strategi dan teknik  yang  bagus, sudah  pasti permainan menjadi hambar. Tidak ada pihak yang bermain sekadar untuk menjadi pihak yang kalah.
Alat yang  digunakan juga sungguh mudah  dan boleh  didapati  di sekeliling  kita  seperti  biji buah, kayu, buluh, bulu ayam, dan sebagainya. Pendek  kata, kita tidak  perlu membeli apa-apa  peralatan dan tidak melibatkan gelanggang, berbeza dengan permainan  moden yang memerlukan gelanggang atau padang. Oleh itu, sesiapa sahaja  boleh memainkannya dan tidak melibatkan kos  yang   tinggi. Permainan   tradisional juga boleh  dimainkan di mana-mana dan pada bila-bila masa sama ada di luar atau di dalam rumah. Sebagai permainan yang lahir daripada masyarakat, maka permainan tradisional menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Remaja dan Permainan Tradisional” 
oleh Hanapi Dollah, Dewan Siswa, September 2009)
Latihan Pengukuhan 5.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah memperkasa kokurikulum di sekolah dan kebaikan kegiatan kokurikulum kepada pelajar. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
            Secara amnya, kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah atau secara tidak formal. Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) sentiasa memikirkan langkah untuk memajukan lagi bidang kokurikulum kerana didapati semua kegiatan ini banyak  memberikan faedah kepada rakyat. Bagi memperkasakan kokurikulum dalam sistem pendidikan negara Kabinet bersetuju untuk mengiktiraf kokurikulum sebagai satu nilai tambah dalam proses pengambilan pelajar ke Institusi pengajian tingi awam. Oleh itu, usaha KPM ini menerusi pelbagai strategi wajar mendapat sokongan daripada semua pihak.
           
            Kegiatan kokurikulum di sekolah yang sebelum ini semakin dipinggirkan kini berjaya dihidupkan semua dengan menambah baik latihan guru. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan lebih banyak guru yang berwibawa dan terlatih dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum. Kabinet juga telah meluluskan peruntukan tambahan bagi menampung peningkatan kos pembiayaan aktiviti kokurikulum. Peruntukan berkenaan membabitkan pecahan RM10 bagi setiap murid sekolah rendah, manakala RM12 bagi pelajar sekolah menengah.
           
            Sehubungan itu, kerajaan telah memperuntukan RM344 juta untuk penambahbaikan kemudahan sukan di sekolah-sekolah. Agihan peruntukan itu termasuklah RM16.4 juta untuk menaik taraf sekolah sukan dan RM200 juta untuk pembinaan sekolah sukan di Sabah dan Pahang. Sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah akan diwujudkan di peringkat kementerian untuk merancang, memantau, dan mempergiat aktiviti sukan di sekolah. Bagi mencapai matlamat, setiap sekolah meletakkan sukan sebagai satu bidang yang diberi keutamaan selain bidang akademik, KPM akan menggerakkan usaha secara besar-besaran semula aktiviti sukan di sekolah yang selama ini kurang diberi perhatian.
           
Sejak berpuluh tahun lalu, kegiatan kokurikulum di sekolah hanya berkisar pada penglibatan pelajar dalam bidang beruniform sehingga mengabaikan usaha untuk memupuk minat untuk mendalami bidang keusahawanan. Oleh itu, saranan supaya kegiatan koperasi dijadikan satu daripada kokurikulum pada peringkat sekolah memang kena pada masanya. Hal ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan generasi yang menguasai kemahiran berniaga. KPM juga berhasrat untuk mengelompokkan sekolah di bawah KPM mengikut bidang keistimewaan termasuklah bidang kokurikulum seperti  sukan dan permainan, kelab dan persatuan, dan badan beruniform dengan mewujudkan konsep “Kluster Kecemerlangan Sekolah”  bagi menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.
                                                
                                    ( Diubahsuaikan daripada “Memperkasakan Kokurikulum ke arah 
                                      Kecemerlangan” oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Julai 2009 )
Latihan Pengukuhan 6.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang strategi remaja untuk memacu kegemilangan negara dan  kebaikannya kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
           
            Usia kemerdekaan negara yang kian bertambah tidak menjamin kekal buat selama-lamanya. Tahun ini , genap  53 tahun kita menghela nafas kemerdekaan namun, masa hadapan kemerdekaan ini masih belum pasti. Orang bijaksana pernah berkata bahawa , “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini”. Nyatalah,remaja memainkan peranan yang signifikan dalam memacu kegemilangan sesebuah tamadun bangsa. Oleh itu, remaja pada hari ini perlu dilengkapi dengan kemahiran insaniah dan jati diri yang kukuh.
Pencapaian akademik yang cemerlang masih belum cukup untuk membentuk remaja yang berkualiti. Penglibatan remaja dalam pelbagai bidang mampu menjana kreativiti dan inovasi. Sewajarnya, setelah lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan, remaja hari ini menjadi lebih matang mengatur setiap langkah kehidupan. Oleh hal yang demikian, keyakinan diri  hendaklah dipertingkatkan bagi merealisasikan segala impian. Harus diingat, remaja mengemudi amanah yang berat bagi memastikan agama, bangsa dan negara tidak ternoda. Berhadapan dengan dunia yang kian mencabar, remaja sewajarnya mempunyai daya saing yang tinggi.
           
            Senario remaja di Malaysia amat berbeza jika dibandingkan dengan remaja di negara Jepun. Sejak dari kanak-kanak mereka telah didedahkan dengan amalan membaca. Mereka juga cukup taksub dengan bahasa ibunda tanpa dipengaruhi oleh bahasa asing. Mentaliti masyarakat negara matahari terbit ini sememangnya diasuh untuk cinta akan negara sepenuh jiwa. Oleh itu, remaja Malaysia harus menyanjung tinggi adat dan budaya warisan nenek moyang tanpa mempedulikan anasir asing biarpun ada yang menyelinap secara diam.
           
            Menyedari pelbagai cabaran  yang mendatang, remaja  hendaklah lebih peka dan tidak mudah mengalah seterusnya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan  bagi menyahut saranan kerajaan. Selain itu, remaja  perlu sensitif terhadap isu semasa yang berlaku sama ada di dalam atau luar negara. Remaja boleh bersama-sama menyalur bantuan kepada negara yang mengalami krisis kemanusiaan dan bencana alam. Mereka juga perlu bijak bersuara untuk melontar pendapat selagi tidak menggugat ketenteraman negara.
           
(Diubahsuaikan daripada Remaja Kreatif dan Inovatif Memacu Kegemilangan Negara, oleh Mohd Haniff Mohammad Yusoff, Dewan Siswa, Ogos 2010)
Latihan Pengukuhan 7.
Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan sains sukan dalam melahirkan atlet berwibawa dan masalah dalam mengaplikasikan sains sukan di Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Bidang ini merangkumi kinesiologi,biomekanik,anatomi dan fisiologi. Kebanyakan negara yang berjaya dalam bidang sukan menggunakan ilmu sains sukan kepada atletnya seperti Amerika Syarikat, Australia, China, dan Jerman. Justeru, Malaysia perlu mencontohi negara-negara tersebut kerana bidang ini membantu atlet memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf,sistem otot dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan.
Kebanyakan atlet negara gagal dalam sesuatu kejohanan disebabkan kelemahan taktikal atlet itu sendiri. Sebaliknya, seseorang atlet yang berpengetahuan dalam ilmu sains sukan berupaya memanipulasi kemahiran taktikal yang dimiliki untuk meningkatkan tahap pencapaian masing-masing ketika bertanding.  Ilmu sains sukan sepatutnya didedahkan kepada atlet sejak awal lagi kerana pembinaan kekuatan asas tubuh badan dan kemahiran asas sukan yang betul juga sepatutnya bermula di peringkat sekolah rendah lagi.
Oleh itu, subjek sains sukan perlu didedahkan secara menyeluruh kepada semua atlet supaya mereka mampu melatih diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan jurulatih. Malah, atlet dapat mengawal emosi serta fokus  ketika berhadapan situasi tegang dalam pertandingan. Perkara seperti kebimbangan, stress, kurang berkeyakinan dan kehadiran emosi yang negatif adalah sesuatu yang normal dalam pertandingan. Tidak hairanlah sekiranya atlet yang “kuat” tewas kepada atlet yang “lemah”.
Tambahan  lagi, jurulatih yang terdapat di Malaysia ini merupakan bekas atlet dalam bidang masing-masing yang bersandarkan pengalaman yang dimiliki untuk menghasilkan dan melatih atlet. Ilmu sains sukan yang dipelajari membantu jurulatih sukan mengembangkan profesionalisme mereka hasil gabungan ilmu tersebut dengan pengalaman yang dimilikinya. Kebanyakan negara yang berjaya dalam bidang sukan menggunakan ilmu sains sukan untuk mengkaji tentang pemakanan, kemahiran, psikologi, teknik, biomekanik, dan ginetik yang membantu persembahan dan pencapaian atlet. Ilmu sains sukan yang dirancang dengan betul dan program latihan yang bersistematik akan  dapat menghasilkan atlet bertaraf dunia. Perlu diingatkan bahawa untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia bukan mengambil masa yang singkat.
(Diubahsuaikan daripada “Kepentingan Sains Sukan”, oleh Firdauz Radzak,
                                                                                    Dewan Masyarakat, Oktober 2010)
Latihan pengukuhan 8.
Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara mengisi masa cuti dengan berfaedah dan kesan buruk jika cuti tidak dirancang dengan teliti. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
            Seronoknya cuti sekolah! Namun begitu, terdapat juga remaja yang berasa bimbang jika tiada aktiviti berfaedah untuk dilakukan sepanjang cuti persekolahan. Oleh itu, cuti sekolah akan bermanfaat jika dirancang dengan baik khususnya dengan bantuan orang dewasa, terutama ibu bapa. Bagi remaja yang tinggal di bandar inilah peluang untuk mereka balik kampung untuk menjengah datuk, nenek, dan saudara-mara di sana demi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Suasana di kampung semestinya memberikan pengalaman yang berbeza dengan suasana di bandar.
           
            Jika berkemampuan ibu bapa, sudah pasti telah mengambil inisiatif untuk membawa anak-anak ke mana-mana destinasi percutian sama ada di dalam negara atau di luar negara bah kata peribahasa jauh berjalan, luas pemandangan. Pada cuti sekolah ini jugalah remaja boleh belajar berdikari dengan mencari kerja sambilan untuk memperoleh sedikit wang untuk bekalan apabila sekolah dibuka nanti. Kepayahan mencari duit saku sendiri akan menginsafkan para remaja akan susah payah ibu bapa mencari rezeki untuk menyekolahkan mereka. Hal ini mampu menyuntik motivasi untuk tekun belajar pada sesi persekolahan yang akan datang.
            Sebenarnya, ada banyak aktiviti berfaedah yang boleh dirancang oleh remaja pada waktu cuti sekolah seperti melunaskan hobi masing-masing yang tidak sempat ditunaikan ketika hari persekolahan.  Kemudahan komunikasi yang ada pada masa kini seperti internet memudahkan remaja untuk mendapatkan maklumat tentang jadual aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah kelab atau persatuan. Oleh itu, apa kata remaja menimba pengalaman berorganisasi dengan melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan. Persatuan penduduk juga boleh menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan golongan remaja di kawasan kediaman masing-masing seperti gotong-royong dan kerja-kerja kebajikan yang dapat memupuk rasa simpati dan belas kasihan dalam kalangan remaja.
            Kekurangan aktiviti berfaedah untuk remaja di luar bandar pada masa cuti juga patut diberi perhatian oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama membantu golongan ini. Bengkel-bengkel keusahawanan desa seperti penanaman cendawan atau ternakan ikan boleh diadakan oleh NGO untuk menyuburkan minat berniaga malah mampu menjadi landasan untuk mereka membina kerjaya pada masa akan datang. Pengerak persatuan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) boleh mengadakan program “remaja masuk kampus” sebagai pendedahan awal sebelum mereka benar-benar melangkah ke universiti apabila tiba masanya nanti. Apa-apa pun remaja tidak seharusnya dibiarkan lepas bebas tanpa dipantau ketika cuti sekolah.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Rancang Cuti Sekolah dengan Kreatif”
oleh Salina Ibrahim, Dewan Siswa, Novemer 2009)
           
Latihan pengukuhan 9.
Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan garam dalam kehidupan dan kesan buruk pengambilan garam secara berlebihan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
            Garam dapur berwarna putih lut cahaya dan mempunyai rasa masin akibat bancuhan kimiai natrium klorida. Walaupun, garam dapur rasanya masin, garam kimiawi mempunyai rasa yang rencam, ada yang digunakan dalam masakan dan ada yang tidak, malah banyak beracun. Kentang goreng, kacang-kacang, makanan yang diawet serta tumisan berasa lebih sedap jika mengandungi garam. Tanpa garam, segalanya menjadi tawar dan hambar. Oleh itu, makanan yang mempunyai garam terasa lebih enak di lidah. Kadang kala, minuman juga menjadi lebih menyegarkan jika terasa masin. Disebabkan itulah, minuman isotonik dan minuman sukan selalunya mempunyai elemen masin.
            Kemasinan di dalam darah juga akibat garam iaitu lebih kurang 85 peratus daripada kandungan garam natrium klorida tubuh ada di dalam darah. Kekurangan garam dalam pemakanan akan membuatkan seseorang itu berasa loya, pening-pening, dan sering mengalami kekejangan otot. Garam mempunyai banyak kelebihan selain dalam diet pemakanan dan masakan. Merendam keratan batang jambangan bunga di dalam larutan garam dapur dapat memanjangkan kesegarannya tetapi garam dapur juga boleh digunakan sebagai racun membunuh haiwan perosak seperti siput dan lintah.
            Di negara-negara yang mengalami musim sejuk, garam ditaburkan di jalan raya untuk mencairkan salji untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan jalan. Kita juga disarankan agar menggunakan garam ketika membersihkan sayur-sayuran kerana membersihkan sayur-sayuran dengan air garam lebih mudah mengeluarkan habuk dan kotoran di celah-celah daun.   
            Sejarah natrium klorida amat panjang sebelum tiba ke meja makan kita sebagai garam dapur. Pada zaman dahulu, garam mempunyai harga yang setanding dengan harga emas. Garam mendatangkan upah kepada rakyat Eropah ketika zaman gelap, sehingga perkataan ‘salary’ (gaji) juga mengambil sempena kata ‘salt’ (garam). Garam paling banyak digunakan dalam tamadun manusia. Bancuhan garam natrium klorida dan soda mampu membersihkan gigi dengan lebih berkesan. Selain itu, garam kerap digunakan dalam kerja-kerja membasuh pakaian kerana berfungi menyingkirkan kotoran dan bau. Sungguh ajaib dan sarkal sekali sifat garam, seperti kata pemuisi terkenal, “garam wujud dalam setitis air mata, tetapi wujud juga di dalam lautan terbentang luas”.
           
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana, “Keajaiban Garam”
oleh Saharil Hasrin Sanin, Dewan Kosmik, Disember 2010)
Latihan pengukuhan 10.
Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada orang ramai dan cara-cara untuk mengurangkan pengambilan makanan ringan dalam kalangan masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
            Makanan ringan dikategorikan sebagai makanan kurang berkhasiat yang memberikan implikasi buruk kerana mengandungi lemak tepu dan garam dengan kadar yang tinggi. Di samping itu, makanan ringan juga rendah atau tiada langsung serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya. Antara contoh makanan ringan seperti kek dan kuih-muih mengandungi kadar gula yang tinggi yang membawa kepada risiko menghidap penyakit kencing manis.
            Makanan ringan amat berbahaya kepada kesihatan apatah lagi  apabila makanan ini selalu dimakan. Kajian yang pernah dijalankan kepada 200 pelajar sekolah mendapati lapan daripada 10 pelajar mengambil lemak tepu berlebihan melalui makanan ringan. Lebihan lemak tepu yang terdapat dalam makanan ringan akhirnya menyempitkan pembuluh darah lalu menyebabkan penyakit darah tinggi terutamanya apabila umur seseorang sudah meningkat. Kandungan kolesterol dan lemah tepu yang berlebihan mendedahkan kita kepada serangan penyakit jantung.
            Pada masa kini ibu bapa kerap menjadikan hidangan makanan ringan sebagai lambang kasih sayang tanpa menyedari bahawa makanan ringan adalah penyebab utama berlakunya peningkatan penyakit alahan dan asma dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang kurang mengambil sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat logam, dan susu lebih mudah diserang penyakit ini. Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik. Namun, pemakanan makanan ringan yang yang mengandungi lemah berlebihan akan menyekat peranan glukosa itu. Oleh itu, makanan ringan terbukti merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak malah bukan makanan yang sesuai untuk otak manusia.
            Jangan terkejut jika dikatakan, minuman jenis kola dicampurkan dengan sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan, iaitu kafeina. Keenakan palsu yang dicipta pada rasa makanan ringan telah mendorong masyarakat memakannya tanpa had. Peratusan kegiatan  keganasan dalam masyarakat yang semakin bertambah ada kaitannya dengan pengambilan makanan ringan disebabkan kekurangan pengambilan omega-3 dalam diet pemakanan. Penyakit kemerosotan makula yang sering menyerang perokok, kini juga menyerang peminat makanan ringan. Penagih makanan ringan kemungkinan menjadi buta apabila berumur dalam lingkungan 55 tahun. Oleh sebab makanan ringan boleh mendatangkan keburukan, pengambilannya seharusnya tidak digalakkan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana, “Bahaya Makanan Ringan”
oleh Danial Zainal Abidin dalam Dewan Kosmik, April 2008
sumber :  http://zaidivilla.blogspot.com/2011/03/modul-pensuran-menguasai-teknik.html


No comments:

Post a Comment