Berderap seiring berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Pantun di atas menerangkan bagaimana
seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini
demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi negara dan
seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu,
setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang,
bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi
menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Ciri utama yang perlu ada dalam diri
seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai
sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai
peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak
kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh,
pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka
juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat
sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang
cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih
kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi
akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah
dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di
sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti
kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan
peribadi yang unggul.
Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Selain itu, pelajar yang cemerlang
sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas
dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka
sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang
berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka
juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang
mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual
aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan
masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa
berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya
mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui
pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya
menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa
menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga
tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut
ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang
cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan
mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.
Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, pelajar yang
cemerlang juga mempunyai wawasan hidup.
Hal ini demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat
mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang
cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar
mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan
lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti
seharian. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang
kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pelajar yang
mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah
berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan
dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan
kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada
masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat
menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah
dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam,
biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi
penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang
cemerlang.
Sementara itu, untuk menjadi seorang
pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah
sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini
demikian kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan
para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan.
Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti
yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad
dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan
tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang
cerdas lahir daripada badan yang cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai
sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit
beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai
pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti
pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap
pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang
pelajar yang cemerlang dan seimbang.
Intihanya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sumber: http://blogbmspm.blogspot.com/search/label/Karangan%20SPM
No comments:
Post a Comment